Gara-gara posting gambar apam dalam FB, ramai yang bertanya akan resepi terbaik ini.
Alhamdulillah....
Allah beri sedikit kelebihan pada mak saya untuk menghasilkan apam yang sedap, lembut, enak dan lazat ini.
Sesiapapun boleh mencubanya selepas ini, insyaAllah mak saya dah halalkan "secret recipe" dia.
Ilmu pinjaman Allah kan, harus dikongsikan bersama dengan ramai orang.
Bahan-bahan:
500g tepung beras cap teratai
1 cawan tapai nasi (nasi diragikan dan dibiarkan selama 2 malam)
1 1/4 cawan gula
3 cawan air
2 sudu kecil Eno botol biru
Pewarna (mengikut citarasa sendiri).
Hiasan:
Kelapa parut putih (digaul bersama sedikit garam).
Cara-cara:
Satukan tepung beras, tapai nasi, gula dan air.
Gaul sebati.
Kisar adunan menggunakan blender.
Tuang ke dalam bekas dan biarkan selama 4 jam.
Selepas 4 jam, masukkan eno dan pewarna.
Kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam bekas kecil-kecil dan kukus selama 10 - 12 minit dengan api besar.
Pastikan air mendidih terlebih dahulu sebelum naikkan adunan tadi.
Setelah siap bolehlah dikeluarkan dari bekasnya dan dihidangkan bersama kelapa parut putih.
Hasilnya memang marvellous!!!!
Selamat mencuba!!!!
Untuk sebarang kemusykilan, boleh berhubung terus dengan saya.
No comments:
Post a Comment