Jom Sihat, Kaya & Berjaya Dunia Akhirat

Jom Sihat, Kaya & Berjaya Dunia Akhirat

Saturday, May 17, 2014

BERSARA DENGAN RM 5000?

Saya terbaca satu kajian yang mengejutkan dimana hampir 95% rakyat Malaysia yang bekerja sepanjang hidup mereka bersara dengan hampir RM5000 sahaja dibank!

Cukup mengejutkan!

Elakkan menjadi 95% yang terpaksa bergantung kepada kerajaan, kebajikan dan sanak saudara untuk hidup dengan selesa selepas bersara kelak.

Anda perlu bersedia dari sekarang.

Sekarang, apa yang perlu kita lakukan?

Cari tempat yang agak sunyi dan biarkan suara hati anda bergetar.

Apa yang anda mahukan sebaiknya dalam hidup anda:

Kebahagiaan?
Kesihatan?
Kewangan?
Kebajikan?

Tuliskan matlamat untuk SEMUA aspek kehidupan anda:

Keluarga
Karier
Sukan
Kerohanian

Apa yang anda rancangkan dalam masa 1, 2, 3, 4 & 5 tahun akan datang.

Kemudian TULISKAN semuanya.

Elakkan hadkan fikiran anda.

Biarkan imaginasi anda berputar walaupun ianya nampak seperti "mustahil". (Daripada wira kepada BMW 5 Siri!)

Perkara penting yang perlu anda ingati:

* Tanpa kebebasan kewangan, anda akan menjadi hamba kepada duit.

* Mencapai kebebasan kewangan akan mengambil masa, dedikasi dan kerja keras...tetapi ianya pasti berbaloi akhirnya.

* Ingat, wang bukanlah segalanya. Tetapi semuanya memerlukan wang pada zaman ini.

Ingat dengan wang kita boleh menolong orang yang dalam kesusahan.

* Hampir semua orang mempunyai kebolehan untuk berjaya, tetapi hanya sedikit sahaja yang mempunyai komitmen untuk berkorban demi mencapai kekayaan dan kejayaan.

Sila LIKE jika setuju dan SHARE jika anda rasakan perlu bertindak.

Tuesday, May 6, 2014

Apam Mak Yah Terbaik

Gara-gara posting gambar apam dalam FB, ramai yang bertanya akan resepi terbaik ini.

Alhamdulillah....

Allah beri sedikit kelebihan pada mak saya untuk menghasilkan apam yang sedap, lembut, enak dan lazat ini.

Sesiapapun boleh mencubanya selepas ini, insyaAllah mak saya dah halalkan "secret recipe" dia.

Ilmu pinjaman Allah kan, harus dikongsikan bersama dengan ramai orang.

Bahan-bahan:

500g tepung beras cap teratai

1 cawan tapai nasi (nasi diragikan dan dibiarkan selama 2 malam)

1 1/4 cawan gula

3 cawan air

2 sudu kecil Eno botol biru

Pewarna (mengikut citarasa sendiri).

Hiasan:

Kelapa parut putih (digaul bersama sedikit garam).

Cara-cara:

Satukan tepung beras, tapai nasi, gula dan air.

Gaul sebati.

Kisar adunan menggunakan blender.

Tuang ke dalam bekas dan biarkan selama 4 jam.

Selepas 4 jam, masukkan eno dan pewarna.

Kacau sebati.

Masukkan adunan ke dalam bekas kecil-kecil dan kukus selama 10 - 12 minit dengan api besar.

Pastikan air mendidih terlebih dahulu sebelum naikkan adunan tadi.

Setelah siap bolehlah dikeluarkan dari bekasnya dan dihidangkan bersama kelapa parut putih.

Hasilnya memang marvellous!!!!

Selamat mencuba!!!!

Untuk sebarang kemusykilan, boleh berhubung terus dengan saya.

Monday, February 10, 2014

Sedar Ke Sedar Anda Ada Masalah Resdung?

Assalamualaikum... Sedar atau pun tidak kita semua sebenarnya memang terdedah kepada masalah resdung. Bezanya samada serius atau tidak bergantung kepada pemakanan dan cara hidup setiap individu.
                                                    Beza Hidung Sihat & Hidung Tak Sihat

Jika anda tanya dengan "Mr.Google", mesti berderet pelbagai petua resdung yang telah digunapakai oleh pesakit resdung.
                                                        Antara Petua Yang Dicadangkan

Alhamdulillah... Dalam Shaklee, kami ada menyediakan cadangan supplement bagi yang mempunyai masalah di atas. Gelaran diberi adalah Set Resdung. Kami mempunya 3 pilihan set bergantung pada budget masing-masing.
 1) Set Basic - Alfalfa, B Complex & Vitamin C (RM200)
 2) Set Medium - Alfalfa, B Complex, Vitamin C, Garlic & ESP (RM397.50)
 3) Set Besar - Alfalfa, B Complex, Vitamin C, Garlic, ESP & Nutriferon(RM 578.75)
Setiap fungsi kombinasi set yang kami cadangkan memainkan peranan yang tersendiri.

1) Alfalfa - Melawan alahan dengan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif dengan berkesan.

2) B Complex - Meredakan alahan dan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf.

3) Vitamin C - Meningkatkan sistem imun dengan membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, meningkatkan alergi hidung dan kulit.

4) Garlic - Menghalang alergi dengan mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asma, selesema dan hepatitis.

5) ESP - Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun.

6) Nutriferon - Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.

Dengan kandungan interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh T-Cells, B-Cells & Makrofag.

Selain itu, Nutriferon juga mampu untuk melindungi dari influenza dengan mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara.

Harga yang saya paparkan itu hanya untuk orang luar.

Mesti anda berminat untuk mendapatkan harga ahli kan? kan? kan?

Jangan malu-malu untuk contact saya.

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.